MADAH...
WALLPAPER MADAH
19 November, 2008 "Allah dikenal dengan hati bukan dengan akal. Dan orang yang hatinya kenal Allah, pasti kuatlah agamanya. " Lokasi Imej Wallpaper: Wetland Park, Putrajaya, Malaysia |
|
11 November, 2008 "Pemimpin politik orang hormati sewaktu ia masih berkuasa, apabila tidak ada kuasa orang tidak ambil peduli, tidak seperti pemimpin agama, ia dihormati sampai ia mati." Lokasi Imej Wallpaper: Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, Malaysia |
|
31 October, 2008 "Pemimpin Islam yang sejati, tutur bahasa, gerak-geri dan sikapnya boleh diikuti, selalu mengingatkan pengikutnya tentang tipu daya dunia dan mengajak mereka mengutamakan akhirat." Lokasi Imej Wallpaper: Pelancaran Syarikat Global Ikhwan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia |
|
29 October, 2008 "Selalunya kebenaran itu ditegakkan oleh pemimpin yang tak diduga, kerana pemimpin itu terlantik tidak mengikut kaedah biasa, Allah hendak tunjuk kuasa, untuk menyedarkan manusia." Lokasi Imej Wallpaper: Pelancaran Syarikat Global Ikhwan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia |
|
24 October, 2008 "Pemimpin yang sebenar, dapat mengenalkan rakyatnya pada Tuhan,takut dan cinta kepada Tuhan, dapat mendidik rakyatnya. Berkasih sayang, mengutamakan orang lain, rasa bersama dan bekerjasama. Maaf bermaafan satu sama lain, bertolak ansur sesama. Cintakan akhirat lebih dari dunia, hingga rakyat sanggup mengorbankan dunianya kerana Akhiratnya." Lokasi Imej Wallpaper: Malam di Putrajaya, Malaysia |
|
21 October, 2008 "Antara ciri-ciri sebuah jemaah yang baik ialah; ada pemimpin yang mampu memimpin yang ibadahnya boleh ditiru, akhlaknya boleh diikut, ilmunya boleh dimanfaatkan dan berani. Jemaah itu ada program yang berterusan, pengikut-pengikutnya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada pemimpin. Ahli-ahlinya berkorban dan ada khidmat masyarakat." Lokasi Imej Wallpaper: Precint 3 Promenade, Putrajaya, Malaysia |
|
20 October, 2008 "Kekuasaan seseorang pemimpin itu sebenarnya bukan melambangkan kekuasaan dan kebesaran dirinya tapi menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah Taala. Kalau seseorang pemimpin itu bersikap kuasa yang ada padanya menggambarkan kekuasaan dan kebesaran dirinya dia adalah seorang yang sombong dan takabbur." Lokasi Imej Wallpaper: Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia |
|
17 October, 2008 "Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat." Lokasi Imej Wallpaper: West Country, Kajang, Selangor, Malaysia |
|
15 October, 2008 "Aneh sungguh manusia ini, dia nampak celanya orang yang tinggal berbatu-batu darinya sedangkan cela diri yang ada pada dirinya sendiri tidak disedari." Lokasi Imej Wallpaper: Putrajaya, Malaysia |
|
14 October, 2008 "Takutkan Tuhan atau cinta padaNya boleh melembutkan hati. Lembutnya hati, mazmumah boleh mati. Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepadaNya, hati buta atau mati. Bila hati buta atau mati, nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri." Lokasi Imej Wallpaper: West Country, Kajang, Selangor, Malaysia |
|
« Ke hadapan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | WALLPAPER seterusnya »

