MADAH

madah| madah ikut abjad| wallpaper madah | ulasan madah | kembali ke hadapan | | |

 


Cari MADAH

Untuk memudahkan lagi anda mendapatkan teks Madah, sila gunakan enjin pencari di bawah ini dengan memasukkan kata kunci atau keyword yang berkaitan dengan pencarian teks yang dikehendaki di dalam kotak CARI MADAH

 

 

 

MADAH...


MADAH MENURUT SUSUAN ABJAD


...
Kalau kita orang yang berkuasa ingatlah kuasa Allah, agar kita adil dan tidak menyalahgunakan kuasa. Kalau kita hakim atau kadhi ingatlah di Akhirat nanti Hakimul-hakimin yang akan mengadili semua manusia termasuk para hakim di dunia, agar kita adil dan saksama. Kalau kita orang yang kaya, ingatlah Yang Maha Kayalah yang mengurniakan kekayaan itu, Dia akan tanya daripada mana dapat, bagaimana menggunakan dan kepada apa digunakan, agar kita mengelakkan dari harta yang haram dan kita akan gunakan harta itu kepada yang diredhai-Nya. Kalau kita orang yang alim, hendaklah kita ingat bahawa kita adalah pewaris Nabi, wajib menyampaikan kepada manusia, di samping menjadi contoh kepada manusia agar kita tidak menyorokkan ilmu, dan kita akan memberi nasihat kepada manusia serta menjadi suri teladan kepada hamba-hamba Allah di dunia.


... Setiap amal ibadah itu memang ada fadhilatnya, begitulah rahmat Allah ke atas hamba-Nya mengurniakan fadhilat-fadhilat itu. Tapi perlu diingat kalau seseorang itu beribadah kerana fadhilat bukan kerana zat Allah, selalunya perangai orang itu tidak berubah daripada mazmumah kepada mahmudah sekalipun banyak ibadahnya. Orang-orang itu tertipu (ghurur) dengan ibadahnya.


..."Yaumul Eid atau Hari Raya Tuhan khususkan bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa iaitu orang-orang yang lulus dalam peperiksaan sepanjang Ramadhan dengan mendapat rahmat, berkat, redha, maghfirah dan ganjaran-Nya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang Tuhan muliakan itu"


...Ada orang membuat kerja masyarakat tapi tidak mahu bermasyarakat, demi menjaga status diri. Inilah dia yang dikatakan memencilkan diri daripada masyarakat sendirian dalam rasmi.


...Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikit tapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingati Allah.


...Ada orang tua badan (umurnya) tapi muda akalnya dan ada orang tua akalnya tapi muda badannya (umurnya).


...Ada orang yang susah hati kalau masyarakatnya menjadi baik kerana peluang-peluang dunianya terlepas. Orang-orang macam inilah adakalanya berlakun di hadapan orang ramai, bersuara tentang gejala masyarakat, yang sebenarnya mereka berbuat demikian kerana hendak menyorokkan keburukannya.


...Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak disedari.


...Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya.


...Adakalanya tanpa usaha dapat sesuatu yang tidak terduga, agar kita sedar Allah itu berkuasa dan kuasa-Nya tidak bersandar dengan usaha. Tapi perlu diingat usaha kena dibuat sebagai syariat dan untuk pahala. Tidak berbuat di mana datangnya pahala?!


...Agama itu petunjuk Tuhan untuk menyuluhi kehidupan manusia di bumi yang didasari oleh iman (percaya) dan taqwa sepertimana yang di bawa oleh nabi dan rasul.


...Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah.


...Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri


...Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir. Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu aktif berjuang.


...Akhlak baik itu semua orang suka sekalipun orang yang tidak berakhlak.


  « Ke hadapan | 1 - 15 | 16 - 30 | 31 - 45 | 46 - 60 | 61 - 75 | Sajak seterusnya »